Dilema.

Bismillah.

Aku dalam dilema. Ya, dilema apa ?
Dilema pemilihan kos. Seperti yang semua tahu , aku dapat kos Sains Pentadbiran dekat KBM which is UITM Kampus Bandaraya Melaka. And , dalam bulan berapa entah aku ada buat rayuan ke macam macam tempat . Uitm , Uia , Upm . untuk melanjutkan pelajaran degree aku dalam kos bahasa inggeris. Ya, sekali lagi saya ingatkan. Saya merupakan pelajar lepasan asasi TESL which stands for Teaching English Second Language. Saya merupakan pelajar Band 3 . dan saya merupakan pelajar yang biasa sahaja. Tak ada kelebihan apa apa. Ya, itu saya.

Alhamdulillah , setelah macam macam dugaan aku dapat tempat untuk UPM untuk kos bacelor sastera bahasa inggeris. Rayuan demi rayuan. Akhirnya sangkut. Entah , rezeki atau nasib. Aku pun tak tahu. Orang tanya aku gembira ke tak? Aku tak ada perasaan nak luah tentang rasa gembira aku. aku konfius. aku perlu gembira atau aku perlu takut. Takut untuk bawak kos ni.

Orang mudah cakap, "semua kos pun susah" , ya memang betul. Tapi , macamana aku nak bawak kos Literature yang satu ketika dulunya aku dapat C untuk sastera inggeris aku. C ya . C.
Ini petunjuk Allah atau apa. Wallahualam.

Dilema.

Kalau betul kos ni memang Allah bagi jalan untuk aku teruskan , aku harap ianya mudah untuk aku pikul sehingga aku graduate. Aku percaya pilihan ibu ayah aku lebih tepat. Ini yang mereka nak , ini yang terpaksa aku usahakan . Nak tak nak , susah tak susah, aku kena harung.
Aku gentar sebab kos ni bukan mudah. bukan kos yang aku boleh malam malam hadap cerita Running Man sambil makan pop corn , solat lambat sebab layan movie dengan roomate , makan maggi 10 kali seminggu buat otak aku benak bertambah benak , kos ni kos yang aku tak tahu hujung pangkal. aku search macam macam pasal kos ni. Kos yang banyak mmbaca. aku memang suka baca , tapi baca buku yang merepek . itu aku. Hiburan yang terover limit.

Aku dilema. Dilema pilihan sendiri dan ibu ayah. Dilema untuk teruskan atau berpatah balik. Dilema ini rezeki atau nasib.

Solat istikharah jalan terbaik. Moga Allah permudahkan urusan aku.
Ya Rabb , aku mohon aku diberi kekuatan.


10 comments:

  1. alhamdulillah. congrates bong :)

    ReplyDelete
  2. amoy time dulu pun kita ber-3 muka selalu tidur dan datang lambat haha. tapi kalau itu rezeki kau insyaAllah boleh. solat istikarah, ikut kata hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mmg muka kita la yg lambat dan muka tido. xbole dinafikan la. insyaallah cah. goodluck beb utk kau kat UTAR :)

      Delete
  3. I'll vote for you to go! UPM is a good university, and yet you have to get yr ass out from Melaka ;) All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sab. Aku pun rasa dah tiba masa i have to get my ass out from Melaka. Insyaallah dear sab!

      Delete
  4. Hi! If you don't mind may I ask you about the information of the course you wrote up there because I found your blog the only one I can count on.

    ReplyDelete
  5. so did u chose that course? cs im planning to further my study in that course? i'd appreciate it if u reply. thankyou :)

    ReplyDelete