Sekolah Rendah , pikir apa

Sekarang aku sedang melayan perasaan yang gundah lagi gulana kerana stress sebab MUET.  Kenapa perlu exam ni time aku memang susah nak bukak buku iaitu time aku sedang masih dibuai cuti yang panjang. Kau potong stim feeling cuti aku tahu tak ?



Teringat pula semalam buat kali pertama setelah berapa tahun tah aku tinggalkan sekolah rendah , aku jejakkan kaki aku kat sekolah tu. Ya, Convent , sekolah yang aku pijak di bumi itu selama enam tahun. Sekolah dimana mengajar aku ABC . 123 . tambah tolak darab bahagi pecahan . komunikasi dalam inggeris . Percampuran Satu Malaysia . dan melengkapkan hidup aku sebagai kanak yang mula membesar.

Senang betul jadi budak sekolah rendah . Kau nak pikir apa ? Kau cuma perlu pikir pasal homework dan ujian yang aku rasa tak langsung membebankan aku . Mungkin aku je rasa exam tu tak membebankan aku sebab aku bukan jenis Ulat Buku kot. hah. Kau tak perlu pikir pasal kawan , pasal perasaan orang , pasal sikap manusia dekat bumi ni , tak perlu pikir esok nak buat apa harini nak siapkan apa , tak perlu sangat. Kau cuma perlu pikir . Harini nak main apa ek ? Esok datang sekolah nak duduk sebelah sape ek ? Ibu masak ape balik sekolah ni ek? Upsr ni kalau tak dapat 5A kene marah tak ek? Asal die taknak kawan aku ek ? ... Mudah,kan? hmm.

Hati kanak-kanak tu suci , putih seperti kain putih . Kita yang corakkan warna dia selepas tu. dan aku yakin , setiap orang berubah warna hatinya mengikut peredaran masa. Begitu juga aku. Entah kaler ape tah hati aku sekarang. Hitam seperti arang atau ade lagi kesan tompokan putih kat hati tu. wallahualam.

Sedar tak sedar , aku dah beranjak dewasa , pikiran pun kenalah sikit lebih matang. Tahu bezakan baik dan buruk. Aku bukan lagi budak yang perlu ditunjuk ajar semuanya.  Tapi , aku masih perlu tunjuk ajar manusia sekeliling untuk baiki diri ni.

Aku rindu zaman sekolah rendah. Bukan sebab apa aku suka. Sebab aku suka hidup aku dipenuhi gelak tawa dan akan menangis hanya bila kene marah oleh cikgu atau ibubapa. Seronok kan? Hidup sebagai kanak kanak mudah.

kau pula macamana ? rindu zaman kanak kanak kau ?
tepuk dada , tanya hati hewhew

para calon Muet sekalian , selamat berjuang buat hari esok. 
Aku benci muet taw sebab writing die kene fakta. what theee fish man ? 
Memang terkial kial like a tortoise la aku esok nak nyiapkan karangan tu. Pray for me huh. Fighting!

2 comments: