Raya Haji

Assalamualaikum dan salam alaik ,
Jujur cakap , hati ni tak sabar betul nak Raya . Raya Haji ! hmm , 

Aidil Adha merupakan antara hari kebesaran Islam. Pada hari itu, umat Islam akan mengagungkan Allah s. w. t. dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan melakukan ibadah korban untuk mendekatkan diri kepada Allah (sumber wadat NurFadhilat)

Apa erti kata lain bagi Raya Haji ?

Hari Raya Haji lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban or Hari Raya Aidiladha . Ala, yang sembelih sembelih binatang tuu. 
(teringat pula zaman kecik kecik dulu , tengok orang kampung sembelih lembu , siap nangis tengok lembu tu macam minta tolong)
Tapi , orang kata , kalau kita dah jatuh rasa belas kasihan kat binatang yang dikorbankan tu , kita dah tak boleh makan dah ? Iyeke ? Tanda soal di situ ye anak anak.

Apa peristiwa yang membuatkan adanya Raya Korban ni ? 

Aku rasa hampir semua dah tahu kenapa berlakunya Raya Korban ni. Tapi , takpe. aku saje nak refresh minda korang dengan kisah kisah Nabi zaman dulu kala.  Kisah ini berkait tentang konsep pengorbanan seorang ayah (Nabi Ibrahim) yang diperintah oleh Allah s.w.t untuk menyembelih anaknya(Nabi Ismail) . 

Okay , setakat ini , itu je aku try nak share. emm , if ada salah maklumat minta maaf , yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri aku sendiri :)

ps: Dengar kata , 7Zulhijjah ni besar fadhilat kalao puasa . Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment