Cooks

As u walk on by,
Will you call my name ? 

bla bla bla, lagu berkumandang . bizi scrolling timeline dari bizi belaja. so, take five jap usha belog sendiri yang bagai kehilangan penulisnya ni. 

Setelah hampir dua ke tiga minggu gak ak bermanja-manja dengan multi rice cooker tu, bilik sekarang dipenuhi dengan bau asap-asap masakan . aheraher, *katakanla yang kau nak belagak kau masak.katakanla! 

Dulu, nak pegang senduk pun rasa macam "apa kegunaan senduk ni. untuk hambat kucing yang sukasuka curi makanan bawah tudung saje ke cemana" tapi sekarang bukan setakat kegunaa je ak dah tahu tapi perbezaan senduk dan sudip pun ak dah kenal. Nampak x anjakan paradigma yang begitu tinggi berlaku? 

So, mestila kau tertanya tanya aku boleh masak apa je sambil muka mencebik buat muka meluat je bila baca ayat ayat aku duk gebang gebang ak pandai masak kat line atas atas ni kan.


Kueytiaw goreng . Out of sudden , aku memang kempunan gila nak makan benda alah ni, so terus ak beli bahan bahan nak masak benda ni. and whatsapp ibu "bu, cemana nak masak kueytiaw ni. bahan dah beli. masak tak tahu" , mak ak pun bagi la resipi yg ak pasti , cara ak masak berlainan sedikit dgn dia memandangkan rasa xsama macam dia. sebab ibu punya pedas gila meleleh air hidung habak hang. ak punya plak boleh diterima akal cuma kurang pedas. Tapi tapi, aku nak jugak cakap , ianya sedap . harhar .


Kalau kuey tiaw aku dah reti. apatah lagi bihun yang senang kacang goreng lagi boleh tutup mata je masak. harhar. nampak xberlagak dah kat situ. takbur ni semua. Fav roomate :P


Yang ni ak xbuat la. Yang ni ak tolong roomate ak buat. nampak mcm xselera kan. effect cahaya yang ntah hape hape. tapi yes , ni kek batik paling umph penah ak makan. nak buat dy sng gila -.- mcm nak tampa diri sendiri sebab 20 tahun hidup baru tahu bahawa ianya mudah dibuat. tapi xboleh makan slalu boleh kena diabetes sebelum usia sampai

and ada lah makanan lain kitorg masak seperti sardin , ayam masak merah dari tin etc. ahhh , kau jangan pandang rendah. kalau dulu , nak pegang sudip pun kalau boleh jarak aku dgn kuali tu 100 meter , tapi sekarang tak lagi! hewhew.

You know what , 

" altho she cooks bad, at least she tries, din't she? "

bear in mind, never look down towards em when they tried , never condemn em, 
NEVER :)

because..

SHE TRIES HER BEST !
*girl's power activate"

No comments:

Post a Comment