Ibu ,
wanita pertama aku kenal di dunia ,
wanita pertama yang mengajar aku erti hidup ,
wanita yang cekal dan tabah dalam mengharungi setiap detik permasalahan ,
wanita yang penuh dengan kata-kata motivasi ,
wanita yang sukar untuk menangis ,
itu Ibu .
Ibu ,
ketika aku menangis ,
kau hadir untuk mengelap airmata aku ,
ketika aku kesempitan ,
kau memberi ruang untuk aku bernafas ,
ketika aku berkata " okay , takde ape ape "
kau tahu ketika itu aku perlukan masa untuk sendiri ,
ketika aku melawan cakapmu ,
ketika aku menyakiti hatimu ,
kau sabar dengan kerenahku ,
itu Ibu .
Ibu ,
terima kasih buat segalanya ,
terima kasih kerana sentiasa ada ,
terima kasih kerana kau ,
aku berdiri di tempat yang tidak sepatutnya aku berdiri ,
kerana doa kau ,
aku disini mencapai secebis kebahagiaan ,
terima kasih ibu ,
kau anugerah Allah yang terindah.
Selamat Hari Lahir IBU ,
23/09/12 .
Kau jauh di mata , tapi kau sentiasa dekat di hati anak mu ini.
Setiap nafas aku , setiap langkah aku disini , setiap titisan airmata , setiap saat , aku lakukan demi kau .
No comments:
Post a Comment